::マレーシアのコンパクトな社会への歓迎::Kepada yang ingin menjadi Register Maniax, sila ikuti TooT's berdekatan anda::

Go Back   KeiCarMania Official Forum > Knowledge (知識) > General Knowledge

Closed Thread
 
Thread Tools Search this Thread Display Modes
Kei Car History In Malaysia
  #1  
Old 08-01-2008, 14:26 PM
He-Man He-Man is offline
Adhoc ManiaX 011
 
Join Date: Dec 2006
Location: Cheras
Posts: 422
He-Man is on a distinguished road
Default Kei Car History In Malaysia

Kei Car History In Malaysia
Die-Hard (su) Fan


Jadi pada keluaran kali ini, kita akan melihat serba ringkas tentang corak perkembangan kenderaan K-Car di Malaysia.

Seperti anda semua tahu, nama K-Car itu sendiri tidak pernah timbul walaupun ketika Kancil telah diperkenalkan. Namun bila kecenderungan modifikasi melanda dan juga teknologi internet berkembang, maka Kei-car manjadi satu letupan besar dalam arena modifikasi kenderaan tempatan. Istilah ini mula digunapakai pada sebuah kereta iaitu Perodua Kancil, Ketika itu juga, majalah-majalah K-Car dari Jepun sudah mula di jual di pasaran.

Lupakan tentang saiz dan dimensi kenderaan yang bergelar K-Car tempatan. Dari segi sejarahnya, kemajuan K-Car di Malaysia bermula apabila Perusahaan Otomobil Kedua atau PERODUA menjalinkan kerjasama untuk memasang dan menjenamakan semula kenderaan jenama Daihatsu di Malaysia. Sebagai permulaan, pada 1993 Perodua telah membawa masuk model asal Daihatsu Mira (Kancil) untuk diuji keupayaanya dengan cuaca tropika Malaysia. Seperti yang anda semua tahu, model Mira merupakan model JDM yang tidak pernah dieksport ke mana-mana negara luar Jepun. Model Mira J ini lulus dengan cemerlang dan tahun berikutnya, Perodua mula melancarkan Kancil versi pertamanya ke pasaran.

Model paling murah ketika itu ialah varian 660cc 4 kelajuan. Kereta ini memang benar-benar asas, tingkap berkuasa tangan, juga cermin belakang tiada pemanas. Tidak dilupakan, penghawa dingin ialah satu pilihan, kalo nak murah tak payah pasang. Disebabkan kereta ini kecil dan murah. Ia menjadi sasaran pembeli kereta baru ketika itu. Pada era tersebut juga, syarat pinjaman juga agak ketat di mana dengar kadar faedah agak tinggi dan juga bayaran balik maksimum 5 tahun. Berbanding dengan kereta lain, Kancil menjadi sebuah pengangkutan yang praktikal, murah dan menjimatkan bahanapi. Ia popular dengan begitu cepat.

Penghujung era 90-an juga menyaksikan kebangkitan senario modifikasi K-Car di Malaysia. Ketika Perodua telah memperkenalkan Rusa dan Kembara. Pemilik Kancil terus ghairah untuk mengubahsuai kereta mereka. Jika anda antara pembaca setia majalah KERETAmusim tersebut, antara nama pelopor dalam modifikasi Kancil ialah Eric Klang (Freedom Motorsports), Ijam bain, Abang Malek dari JB dan beberapa nama lain yang saya tak ingat nak sebut. Mereka ini merupakan pencetus idea modifikasi K-Car yang mana keika masyarakat lain mula mengenali TRXX Parco, J dan L200S. Otai-otai ini telah mendapat jalan untuk half-cut L502 termasuk juga L512

Senario ini mula merebak keseluruh negara. Secara tiba-tiba Kancil menjadi popular dan nama Kei-Car disebut buat pertama kalinya.; Kelab kereta Kancil juga tumbuh bagaikan cendawan di reban cendawan. Antaranya pada ketika itu ialah ACFK dan beberapa nama yang saya sudah tak ingat lagi. Fenomena K-Car ini menyebabkan harga barang di kedai half-cut mula mencapai status tahyul. Orang sanggup berebut untuk membeli antenna Mira, seat L5 harganya lebih RM1000 sementara half-cut L5 umpama emas.

Menjelang kemasukan era millennium, Kelisa dan Kenari pula diperkenalkan, Meneruskan tradisi modifikasi K-Car, kebanyakan pemilik Move dan Coure wannabe ini terdiri dari pengikut Kancil yang asal. Kancil lengkap dengan bodykit mula dijual di pasaran pada harga yang bukan juga murah. Peminat mula mengalih perhatian kepada Kenari pada waktu tersebut, Dan jika anda sedari, nama Ijam sangat popular., sementara pesaingnya Sunway Racing Fit atau Billy tiba-tiba disebut sebagai antara mereka yang berpengaruh dalam permainan Kenari ini. Ketika ini juga, harga barangan Move hampir menyebabkan saya pitam bila tengok. Bumper dengan lampu hadapan lebih RM2000 Sunroof terpakai hampir RM3000

Namun kegairahan K-Car tidak berhenti. Disebalik populariti Kancil dan Kenari, Kelisa mendapat sedikit sambutan dikalanagn peminat K-Car. Jika anda membeli edisi#87 di mana KERETA telah hidangkan empat jenis pengubahsuaian asas JDM Kelisa (Coure TR, Coure Injection, Opti Beex dan Gino Minilite)

Kenari pula nyata mendapat sambutan lebih baikmberbanding Kelisa dari sudut pengubahsuaian. Dari zaman mendowngradekan enjin Ej-DE 1000cc asal kepada enjin 660cc L9, hinggalah ke era enjin 1.3 K3VET YRV. Dari bodykit Aerodown Custom, kepada RS, American Metal hingga ke bodykit aftermarket seperti Silk, Heart Village dan macam-macam lagi.

Kini K-Car telah memasuki fasa seterusnya iaitu Myvi. Diasaskan daripada Passo dan Boon. Myvi nyata menjadi model paling meletup dalam sejarah Perodua. Rahsianya bukan sahaja terletak pada kereta itu, tetapi pada system pinjaman kita yang telah membenarkan bayaran balik selama 9 tahun, Selain menjadi kereta ikonik untuk watak feminine pada pembeli pertama. Myvi juga menghangatkan lagi modifikasi K-Car di Malaysia.


Petikan dari Majalah Kereta Edisi # 92 @ Ogos 07


__________________
Last edited by He-Man : 05-11-2009 at 18:32 PM.
Sponsored Links
Closed Thread


Thread Tools Search this Thread
Search this Thread:

Advanced Search
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

vB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Forum Jump

Kandungan adalah hakcipta dan milik KeiCarMania
Ad Management by RedTyger

Powered by vBulletin® Version 3.6.4
Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
vB.Sponsors