PDA

View Full Version : Penyerap Hentakan Rosak Boleh Menyebabkan


MieY
24-07-2008, 21:29 PM
Ketika memandu, pernahkah anda mengalami kereta
melantun terlalu kuat apabila termasuk ke dalam lubang atau bonggol jalan?
Kereta akan terasa melantun-lantun lebih daripada sekali sebelum kembali ke posisi yang asal.

Ada ketikanya kereta terasa membuai-buai dan sukar dikawal pada kelajuan tinggi di lebuh raya. Pemandu akan sering membetulkan posisi stereng ketika sedang mengambil selekoh. Situasi ini ada kaitan dengan penyerap hentakan atau ‘shock absorber’. Apa yang pasti ia adalah salah satu kompenan terpenting kenderaan yang membabitkan keselamatan dan keselesaan memandu. Penyerap hentakan yang rosak boleh menyebabkan kerosakan lain pada kenderaan dan di dalam kes yang lebih serius, mampu menyebabkan kemalangan. Pada kelajuan tinggi, kereta akan terasa bergerak tidak lurus dan anda terpaksa membetulkan kedudukan stereng
terlalu kerap (OVER-CORRECT). Kereta juga akan terasa seperti “terapung” di atas jalan raya. Ini bermakna penyerap hentakan telah rosak dan perlu diganti dengan segera.

Cara mengenal pasti kerosakan penyerap hentakan kereta anda.

1. Tekan dengan kuat pada setiap sudut yang mempunyai penyerap hentakan dan lepaskan. Jika ia tidak kembali ke kedudukan asal ataupun ia tidak turun sewaktu ditekan, ini bermakna penyerap hentkan telah menjadi terlalu keras atau telah tersekat akibat tiada atau kurang pergerakan pada piston rod di dalam penyerap.

2. Anda juga boleh memeriksa secara visual pada penyerap hentak sehinggalah ke tapak pegas. Jika anda gunakan penyerap hentakan gas, ia masih akan mengeluarkan minyak jka bocor kerana penyerap hentakan jenis ini menggunakan minyak sebagai pelincir.

Yang paling penting adalah untuk membezakan lelehan minyak dengan wap gas yang mengumpul habuk pada penyerap hentakan kerana wap gas tersebut adalahnormal dan bukannya tanda kerosakan.

3. Tayar yang kelihatan tidak rata dan berbonggol, membuktikan bahawa tayar kereta anda mendapat sentuhan pada jalan raya dengan tidak sekata. Ini juga bermakna bahawa system penyerap hentakan kereta anda (damper) telah gagal menolak atau menampung sentuhan tayar (contact-patch) secara sekata.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk menukar penyerap hentakan kereta anda dan menggantikan tayar yang telah rosak demi keselamatan anda

mr.jimie
11-08-2008, 01:28 AM
good info bro....
ptut ar secare visual kete sy nmpk sengget sebelah ckit

kai_ree
11-08-2008, 18:25 PM
good info bro....
ptut ar secare visual kete sy nmpk sengget sebelah ckit

same la cam aku pun... tapi aku tukar absorber pun same jek... aku rase kete aku tu ade manufacturing defect skit la... sebelah kanan rendah 1/2 inci dr kiri... pakai la ade absorber ke spring ke same gak... tapi pakai spring RSR ganding dgn absorber Kayab New SR Special mmg syok mcm kebykkan org kate... spring lebih lembut dr original tapi absorber keras... bile melantun sedap bile corner body roll pun kurang... x sesie labur RM750... puas ati isteri pun setuju...

crooky
08-09-2008, 00:21 AM
same la cam aku pun... tapi aku tukar absorber pun same jek... aku rase kete aku tu ade manufacturing defect skit la... sebelah kanan rendah 1/2 inci dr kiri... pakai la ade absorber ke spring ke same gak... tapi pakai spring RSR ganding dgn absorber Kayab New SR Special mmg syok mcm kebykkan org kate... spring lebih lembut dr original tapi absorber keras... bile melantun sedap bile corner body roll pun kurang... x sesie labur RM750... puas ati isteri pun setuju...

Bro kairee.... hehehe abs kayaba yang abg pakai tu memang utk kancil nyer ker? TQ 4 sharing anyway.....

mr.jimie
08-09-2008, 01:46 AM
klu spring rsr kawen n abs slaen abs new sr besh x.....adew spew2 pnah try

kai_ree
30-09-2008, 12:38 PM
crooky : yg aku gune tu mmg kancil punye... persediaan masuk turbo...

jimie : asalkan absorber keras kalau nak gabung dgn rsr spring ni sbb spring die mmg lembut gile... tapi kalau RSR Ti2k x tau la lembut ke keras...

KLUANG7
04-02-2009, 08:25 AM
senget sebelah bukan je kerana abs tp spring pun bleh gak
sesapa yg wat cara tradisi memotong dan membakar spring pun bleh jadi senget sebelah
memula buat xlah nampak
tp lelama akan nampak..coz kelembutan spring dah xsama

kai_ree
07-02-2009, 11:40 AM
senget sebelah bukan je kerana abs tp spring pun bleh gak
sesapa yg wat cara tradisi memotong dan membakar spring pun bleh jadi senget sebelah
memula buat xlah nampak
tp lelama akan nampak..coz kelembutan spring dah xsama

masalahnye ni bkn spring potong... stendet ke sport ke same je nampak senget...

EPULL
26-04-2009, 16:44 PM
helo kawan2,nk tnya pe sbb kalau dh laju dlm 120km jam,kereta jd beralun-alun..
adkah rosak absober atau ape?

adli89
27-04-2009, 13:14 PM
potong spring ka x..aku pon jd cm 2 gak sbb ptong spring jd keras la,msuk lopak ckit cm nek kuda la.............